Monday, 5 September 2016

DEGREE LIBRARY SCIENCE DI PUNCAK PERDANA IM244

WELCOME TO MY BLOG

assalam hai semua. eceh excited makcik. Okay sekarang ni na cerita pasal IM244 library dekat Puncak Perdana. Dengar cerita nak pindah Rembau tahun depan tak tahulah jadi ke tak. Haritu memasing tak kumpul cop sekali dapat penangguhan pulak. Dah sudah habislah kolej ke laut. Budak rayuan ambek kau berlambak lambak depan pintu pejabat kolej nak interview rayuan macam sardin dah. nasib baik semua yang berebut-rebut tu dopek. tapi dapatlah tingkat 5 ambek kau. hahahha. eh aku bertuah okay sebab dapat tingkat 1 walaupun rayuan. haaaa jangan jeles. Tapi tobat dah lepas ni kena kumpul cop bebanyak sebab kang tetiba tak jadi pindah padan muka semua.

Okaylah penatlah nina nak membebel pasal kolej tu. Nanti I update pasal bilik I kay. So now nak update pasal course pulak. Siapa geng libray science angkat tangan? yeay #budaknerd. Kita ni satu kampus dengan bebudak FITA tau. set2 artis gituew. Jadi tak payah terkejut sini berlambak rambut karat. Budak IM ni akan nmpk sangatlah baik dan beriman. hahahhaa okay dah stop. Nak cerita pasal dia punya subjek. Sebab sem ni Nina dah part 4. So kita cerita pasal Part 4 lah ye. THE BEST PART IS FINAL PAPER HANYA ADA 1 YUHUUU!!!!! so thats mean kerja luar kau banyak gila haha. Tapi untuk yang baru masuk whether u lepasan Dip or STPM or Asasi u guys kena ambek Ent and CTU AGAIN for lepasan diploma. tapi jauh beza dengan subjek masa diploma. Awal-awal part memang banyak sikit paper kau kena hadap. nanti dah besar sikit, sikit je final kau. boleh balik awal. yeay!!

Nanti you guys kena pilih third language. Antara pilihan yang ada Chinese, Japan, French and Germany. Teka nina ambe apa? Jengjengjeng mestilah Japan sebab bercita-cita nak tengok anime tanpa baca subtitle. hahahahha overkan. Tapi student sini ramai berebut nak ambek Chinese. Yelakan skrg ni nak kerja semua nak kena pandai bahasa cina ni. So kalau rasa nak ambek bahasa cina sila lah daftar course dengan sepantas kilat or you lose! haha serious sini nak daftar course memang berebut mcm nak bilik dekat kolej tu lah. hahaha within one hour dah penuh dah kelas yang kau berkenan tu. Apa boleh buatkan.

Then nak cerita pasal elektif yang ada dekat sini. Dekat Puncak Perdana ni tak ada minor ada elektif je tapi kita boleh buat minor sendiri. Mesti ada yang tak familiar dengan words elektif and minor ni kan. Okay beza dia mcm ni. Contoh elektif. Kita punya core course kan library tapi kita boleh buat dua choices from another program (Resource, System or Record) untuk korang belajar. 2 subjek per semester and boleh campur nak ambek Resource ke System ke Record ke up to you. Kalau minor pulak kita tak boleh campur. Conothnya kita ambek minor System. Kita tak boleh ambek subjek dari program Resource or Record and vice versa. Nina ambek minor System.heeee database satu subjek yang quite thrilling. Cara nak ambek minor tu kan every sem kita daftar je semua subjek system untuk elektif jadilah minor. easy huhu


okaylah panjang gila membebel. Jumpa lagi next entry.